JOHOR BAHRU – Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasmi dinobatkan sebagai juara Liga Super 2018 selepas menewaskan Kelantan 4-0 di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.
Kejayaan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mencipta sejarah bola sepak tanah air apabila muncul juara Liga Super buat kali kelima berturut-turut sekali gus bakal bersaing di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.
Presiden JDT, Tunku Aminah Sultan Ibrahim menyampaikan trofi dan medal kepada pemain disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin serta Pengerusi Persatuan Bola Sepak Johor, Datuk Ismail Karim.
Skuad JDT kemudiannya meraikan kejuaraan dengan menaiki bas khas ke Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk bersama ribuan penyokong Harimau Selatan.
Skuad Harimau Selatan sebelum ini mengesahkan kejuaraan mereka selepas menundukkan Perak 2-1 di Ipoh pada 10 Julai lepas. – K! ONLINE










