JBPM akan perjelas kewajaran elaun khas skim perkhidmatan bomba - Utusan Malaysia

JBPM akan perjelas kewajaran elaun khas skim perkhidmatan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengadakan pertemuan dengan agensi pusat di bawah Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi menjelaskan kewajaran Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba.

Ketua Pengarahnya, Mohammad Hamdan Wahid berkata elaun yang dituntut hanya RM200 untuk semua pegawai serta anggota JBPM dan permohonan tersebut sudah dibuat sejak 2015.

“Tuntutan itu juga munasabah dan setanding dengan tugas-tugas yang dijalankan iaitu menangani bencana meskipun boleh membahayakan nyawa dan berisiko tinggi antaranya kebakaran, banjir dan kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di Ibu Pejabat JBPM Kedah di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sekiranya diluluskan, elaun ia akan memberi manfaat kepada 14,761 warga kerja JBPM melibatkankan peruntukan kira-kira RM35.4 juta setahun.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengenai kertas Kabinet bagi Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 yang telah sedia untuk dibentang bagi mendapatkan kelulusan dalam mesyuarat Kabinet. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×