CHUKAI – Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat punca kebakaran tangki minyak mentah di Kemaman Bitumen Company (KBC) Sdn. Bhd. di sini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azlimin Mat Noor. Beliau berkata, jawatankuasa itu akan melakukan siasatan terperinci memandangkan kebakaran itu adalah kes berprofil tinggi yang melibatkan kerugian berjuta ringgit. “Mengikut prosedur kita, laporan perlu disiapkan dalam tempoh tiga minggu untuk penyiasatan ini, kita akan lakukan sendiri…










