Jaringan Forsberg bawa Sweden ke suku akhir - Utusan Malaysia

Jaringan Forsberg bawa Sweden ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Sweden melangkah ke suku akhir buat kali pertama dalam masa 22 tahun selepas berjaya menang tipis 1-0 ke atas Switzerland pada aksi peringkat 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2018 FIFA di Stadium Saint Petersburg, Saint Petersburg, Rusia malam ini.

Jaringan tungal perancang, Emil Forsberg pada minit ke-66 babak kedua sudah cukup untuk membantu skuad Biru Kuning itu mara selepas kali terakhir melakukannya pada 1994 di Amerika Syarikat.

Pasukan No. 24 dunia itu membuat kejutan dengan layak ke saingan kalah mati selepas muncul juara Kumpulan F yang turut disertai juara bertahan, Jerman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan ini menyaksikan mereka kini semakin hampir untuk memenangi trofi sulung kejohanan ini selepas kempunan ketika menjadi tuan rumah pada edisi 1958 di mana mereka tewas kepada juara lima, kali Brazil 5-2.

Bagi Switzerland pula, kekalahan ini menyaksikan pasukan No. 6 dunia itu gagal menyamai pencapaian terbaik mereka mara ke suku akhir akhir sebanyak tiga kali, kali terakhir melakukannya ketika menjadi tuan rumah pada 1954.

Pada edisi 2014 di Brazil mereka turut tersingkir di peringkat yang sama selepas tewas 0-1 kepada Argentina.

Kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati pada babak pertama dengan setiap gerakan dapat dipatahkan barisan pertahanan dengan mudah.

Namun babak kedua mula menyaksikan kedua-dua pasukan saling serang menyerang dengan Sweden lebih banyak menguasaiu permainan.

Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila percubaan Forsberg di luar kotak penalti tertampan kepada pertahanan Switzerland sebelum menerjah jaring, sekali gus memperdayakan penjaga golnya Yann Sommer.

Switzerland cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun usaha mereka menerusi bintang Arsenal, Granit Xhaka dan perancang Inter Milan, Xherdan Shaqiri berjaya diselamatkan penjaga gol Sweden, Robin Olsen.

Kejayaan ini menyaksikan Sweden bakal berdepan pemenang di antara England dan Colombia yang turut berentap dalam peringkat yang sama awal pagi nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN