Jamal akan dituduh di Mahkamah Ampang petang ini - Utusan Malaysia

Jamal akan dituduh di Mahkamah Ampang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk dituduh di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan sah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, Jamal akan dibawa terus ke mahkamah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 2.15 petang ini.

“Jamal mempunyai dua waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pada 25 Mei lalu untuk dua pertuduhan yang dihadapkan terhadap beliau di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Waran tangkap tersebut dikeluarkan kerana Jamal telah melarikan diri sebelum mahkamah sempat mengikat jamin terhadap beliau,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN