KUALA LUMPUR 1 Julai – Datuk Jalaluddin Alias meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada perwakilan bahagian-bahagian UMNO kerana menaruh kepercayaan terhadapnya untuk berada dalam kepemimpinan parti sebagai Ahli Majlis Tertinggi yang baharu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, seluruh keluarga besar UMNO telah menunjukkan kematangan dan meraikan demokrasi dalam parti keramat dengan penuh semangat muhibah serta kekeluargaan. “Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah dan izin-Nya, saya…










