MEKAH 24 Julai – Para jemaah diminta menjaga dengan baik gelang dan lencana masing-masing agar tidak tercicir atau hilang kerana itu merupakan pengenalan diri masing-masing sepanjang mengerjakan haji. Menurut Pengarah Operasi Mekah, Datuk Ahmad Sohaimi Abd. Rahim, kedua-duanya adalah barangan penting yang dibekalkan Tabung Haji kepada setiap jemaah sebagai ganti pasport. Justeru, katanya, jemaah perlu anggap kedua-dua barang itu sebagai dokumen penting masing-masing. “Sepanjang di tanah suci pasport tidak bersama…










