Isu sekolah di Sarawak bergelap dijangka selesai hari ini - Utusan Malaysia

Isu sekolah di Sarawak bergelap dijangka selesai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 17 Julai – Isu beberapa sekolah di Sarawak yang terpaksa bergelap setelah terputus bekalan diesel untuk menjana genarator bagi mendapatkan elektrik, dijangka dapat diselesaikan hari ini.

Datuk Seri Micheal Manyin Jawong
Datuk Seri Micheal Manyin Jawong

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, masalah membabitkan sekolah pedalaman terutama di Kapit, Song dan Belaga itu dijangka selesai apabila Kementerian Kewangan membenarkan Pengarah Pendidikan negeri memberi kuasa kepada Pegawai Pendidikan Daerah melantik satu pembekal untuk satu sekolah.

Ketika ini, katanya, hampir kesemua sekolah yang bergantung kepada bekalan diesel untuk menjana generator bagi mendapatkan kuasa elektrik sudah mendapatkan bekalan diesel masing-masing.

“Jabatan Pendidikan Sarawak telah menerima surat daripada Kementerian Kewangan bertarikh 20 Jun 2018, yang memberi arahan kepada Pengarah Pendidikan negeri agar memberi kuasa kepada Pegawai Pendidikan Daerah melantik satu pembekal untuk satu sekolah,” katanya dalam sidang media selepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Penggal Ke-18 di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dalam akaun Twitternya memaklumkan, terdapat beberapa sekolah di Sarawak mulai bergelap disebabkan putus bekalan diesel.

Menurutnya, pihak kementerian memandang serius perkara itu dan sedang berusaha menyiasat dan menyelesauikan masalah terbabit secepat mungkin kerana ia melibatkan kebajikan guru serta murid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN