Isu LTTE: Mujahid atur pertemuan Mohd. Asri, Ramasamy - Utusan Malaysia

Isu LTTE: Mujahid atur pertemuan Mohd. Asri, Ramasamy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – Satu pertemuan tertutup akan dianjurkan di antara Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy yang didakwa terlibat dalam gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

MUJAHID YUSOF RAWA
MUJAHID YUSOF RAWA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, pertemuan itu dijangka diadakan bulan ini dan dianjurkan pihaknya di Putrajaya. 

“Saya melihat tuduhan dan dakwaan dalam media sosial ini perlukan satu pertemuan, jadi saya sudah berhubung dengan Mohd. Asri dan Ramasamy di mana mereka bersetuju untuk bertemu dan saya sebagai orang tengah. 

“Pertemuan ini akan diadakan secara tertutup kerana kita melihat kesan jika dibuat secara terbuka akan lebih buruk, maka yang penting bukan sensasi tetapi penyelesaiannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN