Isu lesen perniagaan akan diberi perhatian - Utusan Malaysia

Isu lesen perniagaan akan diberi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 22 Julai – Isu kesukaran mendapatkan lesen perniagaan di negeri ini merupakan antara perkara yang akan diperjuangkan Barisan Nasional (BN) jika parti itu diberi mandat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

LOKMAN NOOR ADAM
LOKMAN NOOR ADAM

Calon BN, Datuk Lokman Noor Adam berkata, kerajaan negeri  di bawah pimpinan Pakatan Harapan juga digesa mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap peniaga asing selain memberi peluang kepada warga tempatan dalam perniagaan.

Malah katanya, kerajaan negeri juga perlu melakukan pemantauan secara bersama dengan pihak berkuasa lain berikutan banyak warga asing menjalankan aktiviti berkenaan dengan mendapat lesen.

“Rata-rata penduduk yang juga pengundi di sini menceritakan kesukaran mendapatkan lesen dan ada yang terpaksa berniaga tanpa lesen.

“Tetapi yang jadi persoalan, ada pula warga asing berniaga dan mendapat kebenaran. Jadi kami mahu pihak berkuasa terus memantau dari semasa ke semasa,“ katanya ketika mengadakan mengadakan lawatan dan ramah mesra  di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN