BAITULMUQADDIS 10 Julai – Israel menutup laluan utama sempadan Genting Gaza dan Israel, semalam berhubung tindakan penduduk Palestin membakar ladang penduduk Yahudi dengan menggunakan layang-layang dan belon yang membawa bom api daripada semenanjung wilayah itu.
Tentera Israel dalam kenyataannya berkata, pintu sempadan Kerem Shalom ditutup melainkan bagi tujuan kelengkapan kemanusiaan termasuk makanan dan ubat-ubatan yang akan diluluskan atas dasar individu.
“Tidak ada eksport atau pemasaran barangan akan dilakukan dari Genting Gaza,” kata kenyataan itu. – AFP










