Israel tutup pintu pagar ke al-Aqsa - Utusan Malaysia

Israel tutup pintu pagar ke al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 27 Julai – Polis Israel bertindak menutup pintu pagar ke Masjid al-Aqsa hari ini, selepas berlakunya pertempuran antara rejim Zionis dan penduduk Palestin yang mengerjakan solat Jumaat.

Pihak berkuasa yang mengendalikan masjid berkenaan, The Waqf mengesahkan perkara tersebut.

Menurut jurugambar AFP, kesemua pintu keluar dan masuk ke masjid terbabit ditutup.

Polis belum mengesahkan mengenai perkara tersebut tetapi memberitahu telah berlaku pertempuran selepas solat Jumaat, apabila ‘penunjuk perasaan membaling mercun ke arah polis’.

Namun, selepas empat jam ditutup, rejim Zionis membuka balik pintu pagar tersebut.

Penduduk Palestin kembali ke perkarangan masjid selepas mereka dipaksa keluar oleh polis dengan menggunakan gas pemedih mata.

Dalam perkembangan sama, rejim Zionis menembak mati seorang penduduk Palestin di sempadan Gaza-Israel hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Ghazi Abu Mustafee, 43, ditembak di kepala berdekatan pagar sempadan, timur Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN