Ismail Izzani semakin pulih, dibenarkan pulang - Utusan Malaysia

Ismail Izzani semakin pulih, dibenarkan pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Julai- Ibu kepada penyanyi, Ismail Izzani, 18, memberitahu bahawa anaknya telah dibenarkan keluar wad dan kini sedang berehat di rumah.

Menurut Datin Suliza Salam yang juga penyanyi era 80-an itu, Ismail semakin pulih dan berehat di rumah selepas empat hari menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

“Keadaan Ismail semakin baik, malah akan kembali bekerja seperti biasa minggu depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini doktor hanya berikan dia ubat. Ikutkan, memang dia perlu jalani pembedahan untuk rawat penyakit tonsil dihidapinya.

“Insya-Allah, pembedahan akan dilakukan pada tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Mengakui risau, Suliza bagaimanapun yakin pihak pengurusan anaknya itu juga sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan penyakit anaknya itu tidak berulang.

“Buat masa ini doktor tidak membenarkan anak saya menggunakan suara yang tinggi ketika menyanyi.

“Selain itu, saya juga meminta pihak pengurusannya memantau jadual Ismail.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat Ismail yang berdoa untuk kesihatan dia,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN