JOHOR BAHRU 19 Julai – Iskandar Malaysia berjaya menarik pelaburan komited terkumpul dari 2006 hingga Jun lalu sebanyak RM263.95 bilion. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian merangkap Pengerusi bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata, daripada jumlah itu, 58 peratus atau RM154.14 bilion pelaburan telah direalisasikan. “Daripada jumlah terkumpul itu, sebanyak 61 peratus (RM161 bilion) merupakan pelaburan domestik, manakala pelaburan asing adalah 39 peratus (RM102.9 bilion). “Malah, pada tahun 2018…










