Iran tidak endah amaran ancaman Trump - Utusan Malaysia

Iran tidak endah amaran ancaman Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON/ANKARA 24 Julai – Iran tidak mengendahkan amaran keras Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengugut bahawa Teheran akan menanggung akibat buruk iaitu kesengsaraan yang hanya pernah dialami oleh pihak tertentu dalam sejarah, jika terus mengancam AS.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif membalas kembali ugutan tersebut dengan melakukan perkara sama dilakukan Trump iaitu membuat ken­yataan menggunakan huruf besar yang dimuat dalam Twitter.

Zarif menulis Iran ‘TIDAK HAIRAN: Dunia pernah mendengar gertakan lebih keras beberapa bulan lalu dan rakyat Iran telah mendengarnya – (termasuk) kenyataan yang lebih beradab – sejak 40 tahun. Kami wujud sejak milenia dan melihat kejatuhan empayar termasuk empayar kami yang bertahan lebih lama daripada negara lain.’

Beliau turut menulis ‘BERHATI-HATI!’, membalas balik perkataan yang sama daripada Trump.

Iran kini semakin ditekan AS dan berkemungkinan dikenakan sekatan sejak Trump memutuskan untuk menarik keluar AS daripada perjanjian 2015 pada Mei lalu iaitu persetujuan antara kuasa besar dunia dengan Iran berhubung program nuklear negara itu.

Pentadbiran Trump telah mengeluarkan kenyataan keras terhadap Iran bertujuan mencetuskan pergolakan selain memberi tekanan kepada negara itu agar menamatkan program nuklear dan sokongan terhadap kumpulan militan.

Walaupun retorik kedua-dua pihak semakin memuncak, masing-masing mempunyai alasan untuk tidak memulakan konflik.

Kenyataan Trump dikeluarkan sebagai membalas kenyataan Presiden Iran, Hassan Rouhani yang menyatakan bahawa dasar permusuhan terhadap Teheran akan membawa kepada tercetusnya ‘ibu segala perang’.

Trump memberitahu Hassan agar ‘tidak sesekali mengancam AS lagi atau kamu akan menanggung kesengsaraan seperti yang pernah dialami oleh beberapa pihak. Kami bukan lagi negara yang akan bertahan dengan perkataan gila keganasan dan kematian yang dilemparkan. Berhati-hati!’. – Reuters

Pada Ahad lalu Hassan yang menghadiri perjumpaan dengan diplomat Iran membalas balik kenyataan pemimpin AS itu dengan memberi amaran agar Trump tidak ‘bermain api kerana ini akan membawa kepada penyesalan’.

“AS sepatutnya tahu bahawa perdamaian dengan Iran adalah ibu segala perdamaian dan perang dengan Iran adalah ibu segala perang,’’ kata Hassan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN