Inisiatif Makkah Road bagi jemaah Malaysia satu kejayaan - Utusan Malaysia

Inisiatif Makkah Road bagi jemaah Malaysia satu kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH – Kerajaan Arab Saudi menyifatkan inisiatif “Makkah Road” yang baru diperkenalkan untuk jemaah haji Malaysia memasuki negara itu bagi menunaikan haji tahun ini sebagai kejayaan besar, kata Menteri Media Arab Saudi, Dr. Awwad Saleh Al Awwad hari ini.

Beliau berkata, pentingnya inisiatif Makkah Road adalah untuk memudahkan prosedur haji untuk jemaah yang memasuki negara itu dari semua negara di dunia selepas menyelesaikan semua prosedur di negara mereka dan tahun ini inisiatif berkenaan diperkenalkan secara efektif untuk jemaah haji dari Malaysia dan Indonesia. 

“Projek ini telah mencapai kejayaan besar di kedua-dua negara tersebut hasil usaha sektor dan agensi berkaitan di kedua-dua negara,” kata beliau kepada delegasi 11 editor media yang dijemput oleh kementerian untuk membuat liputan mengenai persiapan haji di Tanah Suci.

Beliau berkata, Makkah Road ialah satu daripada inisistif yang dilaksanakan dalam konteks Program Transformasi Negara 2020 untuk mencapai Wawasan Kerajaan Arab Saudi 2030 bagi meningkatkan perkhidmatan dan memudahkan prosedur untuk jemaaah.

“Kami menjangka untuk meningkatkan jumlah negara yang terlibat dalam inisiatif Makkah Road tahun depan,” kata beliau. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN