India lucut kerakyatan 4 juta orang - Utusan Malaysia

India lucut kerakyatan 4 juta orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI – India semalam melucutkan kewarganegaraan empat juta orang di Assam, mencetuskan kebimbangan berlakunya pengusiran besar-besaran penduduk Islam dari negeri ber­kenaan.

Draf pendaftaran kewarganegaraan baharu menyatakan bahawa hanya penduduk yang boleh mempunyai dokumen bagi buktikan bahawa keturunan mereka tinggal di Assam sebelum tahun 1971 layak mendapatkan taraf kerakyatan.

Pada tahun tersebut, berjuta-juta penduduk Bangladesh me­larikan diri ke negeri Assam akibat perang kemerdekaan.

Pengkritik-pengkritik berkata, draf itu merupakan langkah terbaharu kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi untuk meningkatkan sokongan dalam kalangan penduduk majoriti beragama Hindu dengan meminggirkan golongan minoriti. India akan mengadakan pilihan raya umum pada tahun depan

Sementara itu, kerajaan Assam membawa masuk 25,000 anggota pasukan keselamatan tambahan dari luar negeri itu untuk menangani sebarang kejadian tidak diingini.

Kawalan keselamatan juga diperketatkan di seluruh negeri yang bersempadan dengan Bangladesh ketika beribu-ribu penduduk Islam yang bertutur bahasa Benggali bimbang mereka mungkin dihantar ke pusat tahanan atau dihantar pulang ke Bangladesh, kata beberapa saksi kepada agensi be­rita Reuters.

Assam yang merupakan ne­geri pengeluar teh telah lama menjadi lokasi ketegangan sosial dengan penduduk tempatan berkempen menentang pendatang tanpa izin, perjua­ngan yang diterajui oleh kerajaan pimpinan Modi.

Pada tahun 1983, ribuan penduduk Islam diusir dan dibunuh oleh perusuh yang bersenjatakan parang di Assam.

Lebih 30 juta orang membuat permohonan dan 4,007,707 didapati tidak layak menjadi warganegara India berdasarkan draf pendaftaran baharu itu. 
– Reuters/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN