Iktiraf UEC tindakan separa matang - Utusan Malaysia

Iktiraf UEC tindakan separa matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyifatkan kenyataan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik bahawa UEC adalah sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan dilihat sebagai separa matang.

Ketua Sekretariat Gerakan Pembela UMMAH, Aminuddin Yahya berkata, tindakan tersebut bukan sahaja mencabar Dasar Pendidikan Kebangsaan malah sistem yang diguna pakai juga bersifat inklusif kerana berteraskan model pendidikan Taiwan dan China tanpa mengambil kira budaya, bangsa dan negara Malaysia.

“Sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan dan Kementerian Pendidikan mengenai isu UEC ini, tidak kira dilaksanakan hari ini atau kemudian hari, ia adalah bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dikanunkan melalui Akta Pendidikan 1996.

“Dasar tersebut dengan jelas menggariskan bahawa dasar bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang menjadi perantara bagi semua rakyat, sekiranya sistem ini diteruskan, bagaimana arah tuju masa hadapan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar menolak pengiktirafan UEC dalam sistem pendidikan negara, di pejabat UMMAH di sini, hari ini.

Menurut Aminuddin, sebarang keputusan mengikftiraf UEC akan menggugat proses pembangunan modal insan bagi melahirkan rakyat yang bangga dengan negara.

“Alasan mengatakan bahawa UEC adalah sebahagian manifesto Pakatan Harapan tidak wajar kerana sama ada ia dilaksanakan hari ini atau kemudian hari, UEC tetap tidak boleh diiktiraf,” tegasnya – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN