Iktiraf UEC: Kerajaan tetap teruskan selari manifesto - Utusan Malaysia

Iktiraf UEC: Kerajaan tetap teruskan selari manifesto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Julai – Meskipun ditentang oleh banyak pihak, Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan rancangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selaras manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik menegaskan, pihaknya tidak akan membuat ‘pusingan u’ atau dilihat flip-flop dalam perkara itu.

“Sehubungan itu, saya tidak rasa ada sebarang percanggahan antara kita dalam perkara ini. Yang bercanggah hanya antara pihak Barisan Nasional (BN). UMNO kata lain, (Datuk Seri) Wee Ka Siong kata lain, MCA kata lain dan (Datuk Dr.) Asyraf Wajdi Dusuki kata lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam Pakatan Harapan, kita tidak bercanggah kerana kita telah bersetuju dalam manifesto yang ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Majlis Ramah Mesra Kementerian Pendidikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Maszlee memberitahu, kementerian tidak akan membuat pusing u atau flip-flop dalam apa juga polisi yang akan dijalankan.

Ditanya berapa lama UEC akan diiktiraf, Maszlee dengan berseloroh mengatakan bahawa ia tidak akan mengambil masa selama 60 tahun seperti BN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×