Ikon Palestin dibebaskan dari penjara - Utusan Malaysia

Ikon Palestin dibebaskan dari penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS – Remaja perempuan Palestin, Ahed Tamimi meninggalkan penjara semalam selepas dipenjara lapan bulan kerana menampar dua askar Israel, kata seorang jurucakap perkhidmatan penjara.

Menurut jurucakap berke­naan, Assaf Librati kepada agensi berita AFP, Ahed, 17, dan ibunya yang juga dipenjara berhubung kejadian itu, dibawa oleh Rejim Zionis dari sebuah penjara di Israel ke sebuah pos pemeriksaan menghala ke Tebing Barat, tempat di mana mereka tinggal.

“Mereka baru sahaja me­ninggalkan penjara,” kata Librati.

Pasangan anak-beranak itu dihukum penjara lapan bulan oleh sebuah mahkamah tentera Israel susulan persetujuan yang dicapai antara pendakwa raya dan peguam mereka berhubung insiden pada Disember 2017 itu yang berlaku di halaman rumah keluarga tersebut di kejiranan Nabi Saleh, Tebing Barat.

Wilayah Tebing Barat dijajah oleh Rejim Zionis.

Klip video kejadian itu tular dengan Ahed dianggap wira dan ikon oleh rakyat Palestin kerana keberaniannya menentang penjajahan Israel.

Pemimpin Palestin, Mah­moud Abbas turut memujinya, manakala sokongan kepada Ahed membanjiri media sosial.

Remaja perempuan itu ditangkap pada 19 Disember tahun lalu, empat hari selepas insiden berlaku ketika dia berumur 16 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN