SUNGAI PETANI – Kedai ikan berhadapan Masjid Al-Majidi, Kampung Sungai Layar dekat sini menjadi tumpuan ramai apabila ikan kembung atau lebih dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai ikan temenung dijual hanya pada harga 5 sen dan 30 sen seekor.
Orang ramai terutamanya penduduk di sekitar kawasan itu mula beratur seawal pukul 2 petang apabila mengetahui maklumat mengenai jualan ikan murah serendah 5 sen itu tular di laman sosial sejak kelmarin.
Seorang pelanggan, Noraliza Ismail, 38, dari Kampung Zainal Abidin, Bedong, dekat sini berkata, dia bertolak ke lokasi kira-kira pukul 2 petang supaya tidak ketinggalan untuk mendapatkan ikan pada harga yang murah.
“Orang ramai memang tunggu dari awal, sekejap sahaja ikan 5 sen itu habis dijual. Saya sempat membeli 40 ekor ikan temenung yang dijual pada harga 5 sen seekor dan 20 ekor lagi pada harga 30 sen seekor,” katanya kepada Bernama di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










