KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memastikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dikekalkan dan tidak dipecah mengikut kementerian berbeza bagi memastikan peranannya dalam memperkasa agenda Melayu dan bumiputera tidak terjejas. Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil) berkata, tindakan memecahkan Mara hanya akan menjejaskan peranan agensi itu membantu orang Melayu dan bumiputera dalam bidang pendidikan serta ekonomi. Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Naib Presiden UMNO itu…










