Husin dilantik sebagai Senator - Utusan Malaysia

Husin dilantik sebagai Senator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 4 Julai – Pesuruhajya Pas negeri, Datuk Husin Awang hari ini dilantik sebagai Senator bagi mengisi satu kekosongan di Dewan Negara.

HUSIN AWANG
HUSIN

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali mengumumkan pelantikan itu setelah mendapat sokongan sebulat suara daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri pada hari terakhir persidangan.

Pelantikan Husin dicadangkan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar manakala ADUN Buloh Gading, Ridzuan Hashim menyokong cadangan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Husin, bekas Yang Dipertua DUN dari 1999 hingga 2004 juga merupakan Ahli Majlis Syura Ulama Pas serta Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat sejak 2013 sehingga sekarang.

Pemegang ijazah pertama dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi itu yang berasal dari Besut dan dilahirkan pada tahun 1946, pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Kuala Terengganu dan Kolej Islam Kelang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN