Hukuman penjara empat anggota polis ditangguhkan bersyarat - Utusan Malaysia

Hukuman penjara empat anggota polis ditangguhkan bersyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 31 Julai – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan penangguhan hukuman empat anggota polis yang masing-masing dihukum penjara tiga tahun dan denda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini atas kesalahan rasuah, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya memutuskan demikian dengan syarat jaminan dinaikkan kepada RM12,000 seorang berbanding RM7,000 sebelum ini.

Kes membabitkan tertuduh,Koperal Mazlan Mohd Noh, 36; Konstabel Mohd Firdaus Abdullah, 26; Koperal Mohd Juhairy Jamaludin, 33, dan Lans Koperal Mohd Azimie Majid, 31, daripada Balai Polis Muadzam Shah, Rompin dekat sini yang didapati bersalah menerima dan meminta rasuah bernilai RM8,000 pada 2014 akan didengar di Mahkamah Rayuan, Putrajaya selepas pihak pembelaan menghantar notis berkaitan hari ini.

Pada 29 November lalu, Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof dalam penghakimannya di Mahkamah Sesyen mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dikemukakan oleh pihak pendakwaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN