TOKYO 6 Julai – Ratusan ribu orang di seluruh bahagian barat dan tengah Jepun terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat berterusan menyebabkan paras air di sungai naik serta mengakibatkan tanah runtuh. Ekoran itu, seramai empat orang dilaporkan maut manakala berpuluh lagi dilaporkan hilang. Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran bahawa hujan lebat akan terus melanda negara itu sehingga Ahad, serta bakal menyebabkan lebih banyak tanah runtuh dan kerosakan teruk. – REUTERS










