KOTA KINABALU – Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini menjadi perintis Projek Rekod Penjagaan Kesihatan Elektronik (EHR) Helium iaitu sistem kesihatan elektronik bagi mengubah pengendalian dan pengurusan fail tradisional kepada digital. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, langkah itu selari dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 yang sedang dilaksana di seluruh negara. “Menerusi sistem ini, maklumat pengurusan pesakit dapat dicapai dengan mudah dan pantas…










