HLB lancar kempen Hari Digital HLB 2018 - Utusan Malaysia

HLB lancar kempen Hari Digital HLB 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Hong Leong Bank Berhad (HLB) melancarkan kempen Hari Digital HLB 2018 yang berlangsung pada 7 Julai hingga 13 Julai dengan menawarkan pelbagai promosi istimewa dan eksklusif serta pelbagai hadiah menarik.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HLB, Domenic Fuda berkata, bermula hari ini sehingga 31 Julai depan bank akan mengeluarkan secara berkala tujuh penuras (filter) augmented reality (AR) Facebook.

Katanya, penuras itu memperlihatkan pelbagai alatan digital bank seperti pengecaman wajah, permintaan pembayaran, chatbot kepintaran buatan (AI), Pay Mobile (PEx), AI konvensional serta Imbas dan Bayar.

“Secara keseluruhannya penuras ini menggambarkan usaha berterusan HLB dalam memudahkan, meringkaskan dan menyediakan perkhidmatan perbankan yang terbaik kepada para pelanggan.

“Kami turut mengadakan Cabaran AR Hari Digital HLB di mana sesiapa sahaja boleh menyertainya. Mereka perlu mengambil dan berkongsi gambar bagi mendapat ganjaran terhad berupa 7,000 e-baucar Baskin Robbins serta satu daripada RM7,000 deposit tetap dengan tempoh tujuh bulan,” katanya dalam majlis pelancaran Hari Digital HLB 2018 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN