Histeria: Sesi persekolahan SMK Ketereh ditamatkan awal - Utusan Malaysia

Histeria: Sesi persekolahan SMK Ketereh ditamatkan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Sesi persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh di sini hari ini ditamatkan lebih awal selepas 46 murid termasuk dua guru, seorang pembantu makmal dan seorang pelajar lelaki diserang histeria.

Dalam kejadian bermula kira-kira pukul 7.30 pagi, seorang pelajar tingkatan dua sekolah itu mula diserang histeria sebelum keadaan mula menjadi kecoh dan mengganggu sesi persekolahan.

Pengetua SMK Ketereh, Norriha Abd. Rahman berkata, pihak sekolah bertindak mengasingkan pelajar perempuan dan lelaki selain pelajar lelaki diminta membacakan al-Quran.

“Pihak sekolah turut memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). JPN dalam satu arahan menamatkan sesi persekolahan pada pukul 11 pagi apabila pelajar dibenarkan pulang awal.

“Pelajar yang terkena histeria diberi rawatan segera dan keadaan berjaya ditenangkan 40 minit kemudian. Malam ini pihak sekolah akan menganjurkan solat hajat dan bacaan surah Yasin,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di sekolah berkenaan mendapati terdapat dua guru perempuan serta seorang pembantu makmal menerima rawatan daripada wakil  Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’) Kelantan.

Menurut Pengarah Darussyifa’ Kelantan, Zaki Ya, melalui satu arahan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu dia diarahkan ke sekolah berkenaan.

“Semasa tiba pukul 8.30 pagi ke sekolah ini keadaan agak huru-hara kerana lebih 30 orang pelajar bertempik. Ada pelajar yang menangis, ada menjerit kesakitan.

“Semua yang diserang histeria dirawat di surau sekolah sebelum keadaan bertambah baik selepas 40 minit. Sehingga pukul 12 tengah hari seramai 46 orang dirawat kerana histeria,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN