JOHOR BAHRU 29 Julai – Himpunan Kebangkitan Ummah yang diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim turut memuji pihak penganjur kerana dapat mengawal perhimpunan yang disertai oleh kira-kira 4,000 orang itu mengikut peraturan ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Malah peserta turut memberi kerjasama sepanjang perhimpunan berlangsung. “Inilah perhimpunan yang kita harapkan dijalankan…










