Malaysia baru-baru ini gempar apabila sekumpulan wartawan beragama Islam dihidangkan sajian daging babi semasa membuat liputan majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong, Melaka. Amat sukar dipercayai perkara sedemikian boleh berlaku di sebuah negara yang cukup dikenali selama ini dengan amalan muhibah antara warganya. Masyarakat berbilang kaum di negara ini seharusnya tahu perkara asas sebegitu. Keharmonian yang terjalin sejak berdekad-dekad lampau atas dasar memahami sensitiviti…










