KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sehingga kini tiada sebarang penutupan sekolah mahupun kelas di Selangor akibat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya memandang serius dakwaan yang tular di media sosial kononnya 51 buah sekolah ditutup di sebuah daerah negeri Selangor. “Didapati terdapat hanya dua kluster HFMD dilaporkan berlaku di dua sekolah dan kedua-dua sekolah ini atau kelas…










