HFMD : Sembilan kelas SJKC Chong Cheng diarah tutup - Utusan Malaysia

HFMD : Sembilan kelas SJKC Chong Cheng diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 12 Julai – Jabatan Pendidikan negeri mengarahkan sembilan buah kelas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Cheng, Bayan Lepas di sini ditutup akibat penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengarahnya, Mohd. Jamil Mohamed berkata, kesemua yang ditutup melibatkan tahun satu dan tahun dua sekolah berkenaan.

Katanya, jumlah murid dijangkiti HFMD di sekolah berkenaan ialah sebanyak lapan orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“ Ketika ini, hanya SJKC Shih Chung sahaja yang ditutup sepenuhnya manakala tiga buah sekolah lagi, hanya menutup beberapa kelas sahaja ekoran wabak berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×