HFMD Pulau Pinang: 2,341 kes sehingga Sabtu lepas - Utusan Malaysia

HFMD Pulau Pinang: 2,341 kes sehingga Sabtu lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 23 Julai – Jumlah kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang direkodkan sehingga Sabtu lepas di negeri ini mencecah 2,341 kes.

AFIF BAHARDIN
AFIF BAHARDIN

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Afif Bahardin berkata, jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 1,242 kes bagi tempoh sama berbanding tahun lalu.

Katanya, pada tahun lepas jumlah pesakit yang direkodkan dengan gejala HFMD hanya sebanyak 1,099 kes.

“Di sebalik peningkatan jumlah kes kumulatif namun berlaku penurunan bagi tempoh 24 jam sejak Khamis lalu berbanding 88 kes yang dicatatkan pada Rabu lepas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, ketika ini 30 premis masih ditutup termasuk beberapa kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap, SK Saujana Indah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sum Min Satu, SJKC Moh Ghee Pusat, SJKC Beng Teik Pusat dan SJKC Kwang Hwa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×