Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM, Dr. Norita Shamsudin berkata, penyakit tangan kaki dan mulut atau HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (E71). DR. NORITA SHAMSUDIN “Sejak Mac tahun ini aktiviti EV71 semakin meningkat berbanding tahun lalu. E71 boleh menyebabkan komplikasi termasuk dehidrasi, encephalitis (radang otak), kegagalan jantung dan sistem pernafasan, dan paling teruk boleh menyebabkan kematian. Setakat ini tiada…










