HFMD: 37,986 kes direkod seluruh negara hingga Khamis - Utusan Malaysia

HFMD: 37,986 kes direkod seluruh negara hingga Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Sebanyak 37, 986 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara setakat Khamis, dengan kebanyakan negeri kecuali Sarawak merekodkan peningkatan berbanding tahun lepas.

Menteri Kesihatan, Dr. Zulkefly Ahmad berkata, jumlah wabak HFMD yang dilaporkan pula ialah 1,093 dengan 539 premis iaitu 241 taska, 259 tadika dan 39 sekolah, ditutup di seluruh negara.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes HFMD tertinggi iaitu sebanyak 11, 349 kes diikuti Kuala Lumpur (4,428) dan Sarawak (4,412).

“Kita menyeru semua pihak termasuk ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan dengan menerapkan amalan kebersihan di kawasan rumah dan sekolah,” katanya yang ditemui selepas menghadiri program gotong-royong perangi aedes di Residensi Warnasari, Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.

HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (E71) yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN