Hasrat Syatilla Melvin timang anak kedua tidak kesampaian - Utusan Malaysia

Hasrat Syatilla Melvin timang anak kedua tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – Hasrat pasangan selebriti, Syatilla Melvin, 26 dan suaminya, Shaheizy Sam, 36, untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila aktres tersebut keguguran kira-kira seminggu lalu.


Berkata kepada Utusan Online, Syatilla memberitahu, dia menyedari dirinya hamil ketika sedang bercuti bersama-sama keluarganya di luar negara baru-baru ini.


“Setelah pulang ke Malaysia awal bulan ini, baru saya buat pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan kehamilan tersebut. Malangnya, pada minggu lalu ketika melakukan kerja-kerja rumah, saya mengalami pendarahan.

“Saya berjumpa doktor dan dia mengesahkan kandungan saya yang memasuki usia enam minggu itu telah gugur,” katanya.

Justeru, Syatilla menjadikan peristiwa tersebut sebagai satu pengajaran pada masa akan datang agar lebih berhati-hati.

Menurutnya lagi, dia dan Sam memang sudah lama merancang untuk mendapat zuriat kedua. Anak sulung mereka, Syeriv Samheizy kini berusia 15 bulan hasil pernikahan pada 8 Februari 2016. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN