TAHUN 2016 membuka lembaran baharu buat wanita berusia 38 tahun ini. Apa tidaknya, selepas pelbagai ujian dan dugaan hidup dilalui terutama keguguran sehingga empat kali sewaktu mengandung, Mastura Abdul Rashid tidak menoleh ke belakang lagi. Memilih untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah membuka peluang kepada Mastura untuk melakukan sesuatu bagi merubah kehidupannya. Pernah mengalami kemurungan, Mastura mencari alternatif untuk pulih dan mujur ibunya memperkenalkannya herba yang sesuai untuk wanita…










