KUALA LUMPUR – Skuad kebangsaan mencatat kemenangan tipis 1-0 mengatasi Fiji pada aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini. Jaringan tunggal perlawanan terhasil daripada gerakan Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang bijak melorongkan bola kepada Muhammad Syazwan Zainon, seterusnya melakukan hantaran leret ke dalam kotak penalti dan disambut baik penyerang JDT II, Muhammad Syafiq Ahmad dengan tampanan menerjah gawang gol Fiji pada minit ke-19.…










