Hari penamaan calon PRK Sungai Kandis esok - Utusan Malaysia

Hari penamaan calon PRK Sungai Kandis esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan berlangsung esok di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam di Seksyen 19 di sini.

Tempoh masa bagi mengemukakan kertas penamaan calon dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi sehingga 10 pagi.

PRK yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 juta itu bakal menyaksikan pertembungan antara calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni dan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.

Mohd Zawawi, 48, ialah pengetua Tahfiz Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun yang turut memegang jawatan setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR Pusat, sementara Lokman, 45, ialah anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Pilihan raya kecil itu juga dijangka menyaksikan penyertaan seorang calon Bebas selepas sumber daripada Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor mengesahkan bahawa individu lelaki tersebut telah membayar deposit pilihan raya.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN