Hargai pengorbanan pejuang negara - Utusan Malaysia

Hargai pengorbanan pejuang negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dengan kemajuan dan kemakmuran negara yang dikecapi hari ini, ramai yang tidak sedar akan pengorbanan dan perjuangan golo­ngan perajurit yang tiada nilainya dalam memastikan negara bebas daripada penjajah dan ancaman komunis.

Meskipun ada sebahagian besar daripada kita yang tidak sempat merasakan zaman penjajahan dan darurat sebelum ini, kesiagaan anggota tentera yang sedia berkhidmat menjaga keamanan di darat, udara dan perairan negara harus terus dikenang dan disanjung sampai bila-bila.

Masyarakat khususnya gene­rasi muda perlu menyelami dan mengambil iktibar keberanian dan semangat keperwiraan yang ditunjukkan veteran tentera yang sentiasa di barisan hadapan mempertahankan negara pada satu masa dulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sama ada veteran-veteran ini masih hidup mahupun yang te­lah meninggal dunia, jasa mereka tidak sewajarnya kita lupakan, kerana kita tidak akan kecapi apa yang ada kini sekiranya bukan kerana pengorbanan mereka.

Justeru, setiap kali tanggal 31 Julai, kita akan menyambut Hari Pahlawan bagi memperingati jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan dalam menjamin kedaulatan negara.

Sebelum tahun 1967, sambutan Hari Pahlawan yang pada asalnya dikenali dengan nama ‘Hari Peringatan’ jatuh pada bulan November setiap tahun.

Pada tahun 1968, kerajaan telah mengubah bentuk dan upacara ‘Hari Peringatan’ kepada ‘Hari Pahlawan’ dan di sambut pada bulan Ogos sempena Hari Kemerdekaan Malaysia. Sambutan Hari Pahlawan julung kali diadakan pada 4 Ogos 1968 di Tugu Negara.

Pada tahun 1972, kerajaan te­lah menetapkan bahawa sambutan Hari Pahlawan akan diadakan pada 31 Julai setiap tahun dan dipersetujui diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri.

Pemilihan tarikh itu adalah sempena mengambil tarikh hari terakhir darurat yang jatuh pada tarikh tersebut iaitu 31 Julai 1960. Kesimpulannya, Hari Pahlawan merupakan hari bersejarah selain Hari Kemerdekaan negara yang patut disambut dan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Pengorbanan mereka untuk kita mengecapi keselesaan tanpa perlu bimbang ancaman bedilan bom dan tembakan rambang seperti yang berlaku di sesete­ngah negara kini, adalah sesuatu yang sangat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan harta dan wang ringgit.

Mengenang jasa perwira negara

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×