Iklim dan landskap politik negara mengalami perubahan yang hampir tidak terduga, apabila gabungan Pakatan Harapan berjaya menjatuhkan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negara lebih 61 tahun dalam Pilihan Raya Ke-14 pada 9 Mei 2018 lalu. Sebab musabab kekalahan BN sudah menjadi sejarah dan tidak perlu dikupas. Yang penting dan menarik bagi rakyat dan masyarakat antarabangsa ialah apakah citra yang akan dilakar oleh kerajaan baharu Pakatan Rakyat untuk menggambarkan cara…










