Haqiem Rusli jalani rawatan - Utusan Malaysia

Haqiem Rusli jalani rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi Haqiem Rusli disahkan menghidapi kemurungan tahap tiga dan telah mula menjalani rawatan di International Psychology Centre, Taman Desa, di sini hari ini.

Menurut Haqiem, dia sendiri terkejut selepas disahkan doktor menghidapi kemurungan tahap tiga daripada empat atau boleh diklasifikasikan sebagai moderate depression.

“Saya sangka hanya ada kemurungan yang ringan. Namun, selepas pemeriksaan doktor mengesahkan tahap kemurungan saya agak tinggi dan memerlukan rawatan berkala serta mengambil suplemen,” ujar Haqiem ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, doktor psikologi Song Sheng Yong dari International Psychology Centre mengesahkan penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi itu mengalami kemurungan.

“Haqiem memang mengalami kemurungan dan perlu menjalani rawatan seminggu sekali untuk saya memantau keadaannya.  Dia juga perlu mengubah cara pemakanan dan mengambil suplemen,” kata Yong Song Sheng.

Terdahulu, Haqiem dihentam netizen apabila dituduh menipu mengalami kemurungan dan didakwa melakukannya demi gimik single terbaharunya Selamat Tinggal Sayang.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN