KUALA LUMPUR – Penambahan dana RM50 sebulan daripada kerajaan untuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suri rumah tertakluk kepada isteri pertama sahaja. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (gambar kecil) berkata, sumbangan kerajaan itu tidak akan dilanjutkan kepada isteri kedua, ketiga atau keempat sekiranya berlaku poligami.
“Itu tanggungjawab suami, kita akan beri kepada isteri pertama sahaja. Kalau mereka (lelaki) kahwin lebih daripada satu, mereka kena tanggung sendiri isteri-isteri lain, bukan tugas itu diserahkan kepada kerajaan.
“Inisiatif ini membantu persediaan perlindungan masa depan isteri dan ia dapat jadi tabungan untuk persediaan suri rumah bagi menghadapi apa-apa kemungkinan tidak diingini dalam meneruskan kelangsungan hidup,” kata beliau dalam sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.










