PUTRAJAYA – Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Putra di sini bertukar kecoh seketika apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin tiba-tiba rebah ketika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang berucap kira-kira pukul 8.40 pagi semalam. Ketika itu, Mohamed Hanipa, 49, sedang berdiri pada kedudukan paling kanan bersama barisan Menteri dan Timbalan Menteri lain termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa di atas pentas setinggi setengah meter. Kejadian tersebut amat memeranjatkan kerana sebelum perhimpunan bermula, Mohamed Hanipa yang juga seorang peguam kelihatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya