Hamzah ikrar setia bersama rakyat - Utusan Malaysia

Hamzah ikrar setia bersama rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT 4 Julai – Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan bahawa beliau tidak akan melompat parti sebaliknya tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) dan penduduk di sini yang telah memilih beliau sebagai wakil rakyat mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Beliau berkata, kepenting­an rak­yat sentiasa menjadi ke­utamaannya apatah lagi banyak perkara yang perlu dirancang bagi meneruskan usaha membangunkan Larut.

“Rakyat sudah banyak berkorban semata-semata untuk BN, jadi saya tidak sampai hati untuk me­ninggalkan mereka semata-mata demi mengejar kepentingan diri sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berhubung kekalahan BN dalam PRU-14, kita reda dengan ketentuan Allah SWT, mungkin ada hikmahnya untuk semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Parlimen Larut di sini, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Hamzah melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengamalkan politik dendam termasuk membekukan akaun UMNO.

Sehubungan itu katanya, UMNO Bahagian Larut akan mewujudkan Tabung Parlimen Larut pada masa terdekat bagi memberi peluang kepada mana-mana tokoh korporat atau rakyat yang berkemampuan untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

“Perkara ini telah dibangkitkan dalam usul perwakilan sewaktu Persidangan UMNO Bahagian La­rut baru-baru ini dan kita akan putuskan secara bersama dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN