Hamilton tolak Ferrari, Red Bull - Utusan Malaysia

Hamilton tolak Ferrari, Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOCKENHEIM, Jerman – Jaguh dunia, Lewis Hamilton mendedahkan bahawa terdapat pasukan lain dipercayai Ferrari dan Red Bull cuba menandatangani khid­matnya bagi musim 2019, namun dia enggan menganggap tawaran itu sebagai sesuatu yang serius.

Kelmarin, Mercedes me­ngumumkan bahawa juara dunia Formula Satu (F1) empat kali itu mengikat kontrak selama dua tahun ber­sama pasukan Silver Arrow sehingga tahun 2020.

Meskipun perjanjian Hamilton bersama Mercedes tidak pernah diragui, namun perbincangan secara terperinci kontrak tersebut terpaksa berlanjutan beberapa bulan sebelum asas kontrak tersebut dimuktamadkan awal tahun ini.

Hanya Ferrari dan Red Bull merupakan pasukan yang berkaliber untuk menjadi pilihan Hamilton memandangkan jurang ­prestasi kedua-dua pasukan dalam kelompok tiga teratas termasuk Mercedes tidak jauh berbeza.

Hamilton berkata, salah sebuah pasukan gergasi F1 itu cuba melakukan run­dingan untuk mendapatkan khidmatnya sebaik sahaja kontrak di Mercedes tamat.

“Memang tidak dinafikan bahawa ada beberapa pasukan cuba berunding, namun hanya ada satu yang melakukannya dan saya tidak memberi sebarang masa kepada mereka,” katanya.

Tidak seperti keba­nyakan pelumba F1 lain, Hamilton sendiri melakukan rundingan kontraknya dan ia mengukuhkan lagi kepercayaannya terhadap Mercedes dan ketua pasukan, Toto Wolff.

“Benar, secara peribadi saya mahukan kontrak dua tahun. Kami juga berbincang tentang tempoh tiga tahun, namun dalam F1 apa-apa sahaja boleh berubah.

“F1 tidak komited kepada semua pasukan lebih daripada tahun 2021 lagi dan saya teruja untuk melihat sejauh mana perkara itu akan berlaku,” kata Hamilton.

– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN