HOCKENHEIM, Jerman 23 Julai – Juara dunia Formula Satu, Lewis Hamilton ditegur oleh steward semalam, tetapi terlepas daripada sebarang hukuman yang boleh menyebabkan dia kehilangan gelaran yang dimenangi dalam Grand Prix Jerman. Keputusan tersebut diumumkan selepas dia dipanggil oleh steward kerana gagal mematuhi peraturan di kawasan pit. Pemandu Mercedes itu, yang memenangi perlumbaan setelah bermula dari petak ke-14, disyaki melakukan kesalahan memintas garisan yang memisahkan antara susur masuk dari trek…










