KUALA LUMPUR 22 Julai- Mengakui sedang bahagia bersama teman lelaki, Hafreez Adam, pelakon, Zara Zya menyifatkan pelakon lelaki itu sebagai seorang yang matang dan bertanggungjawab.
Jelas Zara, setelah beberapa kali melalui fasa kegagalan dalam percintaan, sifat sabar dan memahami Hafreez membuatkan dia semakin selesa dengan hubungan cinta tersebut.
“Kami sudah kenal lama. Dia seorang lelaki yang penyabar dan membuatkan saya sangat selesa ketika bersamanya. Malah, dia juga seorang yang matang bila memberi nasihat dan pendapat.
“Tapi sebenarnya Hafreez ini lelaki yang gila-gila. Jadi tak bosan. Saya pernah bercinta dengan lelaki yang membosankan tetapi Hafreez ini berbeza. Jarak umur bukan satu masalah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam pada itu, Zara juga tidak mahu meletakkan harapan tinggi terhadap hubungan yang baru terjalin itu sebaliknya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua pihak.
“Mohon doa yang baik-baik. Setakat ini kami bahagia dan okay sahaja. Malah, keluarga dan rakan-rakan juga mudah menerima hubungan kami,” katanya. – UTUSAN ONLINE










