Hael guna pondan Thailand sekadar hiburan - Utusan Malaysia

Hael guna pondan Thailand sekadar hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pe­nyanyi popular, Hael ­Husaini membuat kejutan apabila menggunakan khid­mat seorang pondan Thailand terkenal, Happy Polla dalam video muzik lagu Hajat yang baru dilancarkan secara rasmi semalam.

Hael atau nama sebenarnya, Hal Husaini Razmi, 31, memberitahu, penglibatan pelawak yang turut terkenal di laman sosial Instagram itu ha­nyalah sekadar memenuhi jalan cerita.

“Hanya sekadar hiburan dan kami tidak menggunakan dirinya secara berlebihan.

“Selain itu, kami ingin menyuntik sedikit unsur humor memandangkan dia juga merupakan seorang pelawak yang agak terkenal di Thailand dan juga Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad menerusi kiriman mesej aplikasi WhatsApp di sini semalam.

Dalam pada itu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-32 itu enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan yang mengatakan tindakannya itu seolah-olah mahu mempromosikan golongan transgender.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN