IPOH 19 Julai – Seorang guru wanita berusia 36 tahun yang mengalami kemurungan ditemukan mati dalam keadaan terlentang dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah pasar raya, di sini hari ini. Mayat guru tersebut ditemukan oleh orang awam dalam keadaan berlumuran darah di kawasan laluan kereta pasar raya itu pada pukul 3.50 petang. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, pemeriksaan terhadap mayat di tempat kejadian tidak menemukan apa-apa…










